RSS
 

Archive for May, 2008

Di Atas Nama Cinta

27 May

Di atas jalan ini ku menyusuri cinta ilahi

Dalam mihrab ini ku menagih kasih abadi

Di atas hamparan sajadah ini ku menyimpuh mendamba nur rabbi

Di lorong ini aku menyepi takut pada seksa azali

Dalam kembara ini aku mencari petunjuk hakiki

Dan di atas nama cinta aku kekal dalam perjuangan ini

Hadi Mahdi Muhtadi

Bandar Baru Bangi

 

…PENJARA JIWA…

27 May

Aku dididik dan dibesarkan

dengan jiwa anak merdeka

pemikiran melewati batasan

hidup di landasan

yang penuh dengan tujuan!

 

Tiba di satu persimpangan

dilema hebat melanda

persoalan yang sukar dirungkaikan

jiwa layu terkulai

terpenjara…

 

Aku kini dilabel banduan

terpenjara disebalik tabir besi

dicerca! dinista!

oleh diri sendiri

 
 

Dunia Nasionalisme

23 May

Pada tanah airku tercinta
sepenuh hati aku pertahankan
keamanan dalam kicau burung
ketenangan pada deru air
ketenteraman tika gelap malam
keharmonian titis embun pagi
mengimpikan syurga pada tanah airku

Negaraku negaraku jua
nasib mereka biarkan saja
biarkan Palestin dicengkam derita
biarkan Syria dimamah durjana
tiada kudengar tangis anak kecil di Afrika
biarkan bom menjamah Iraq
atau peluru menembusi dada pemuda Thailand
apakah mereka yang bersalah?
atau aku yang tiada endah?

Saudaraku bukan dalam dunia lain
hanya aku yang terkongkong
dalam dunia nasionalisme
menutup mata dan telinga
maka tak terlihat lambaian mereka
tak terdengar jeritan hampa

Negaraku tetap kucintai
tapi kasihku tak dibatasi sempadan negeri
jika aku berdiam diri
aku pasti kan musnah nanti

 
No Comments

Posted in zulyunus

 

Dengan lafaz itu

22 May

Dengan lafaz itu

kau menjadi insan lain

Bukan pada nama dan tingkat

Tapi pada amanah dan tanggungjawab

Dengan lafaz itu

Kau akan dipersoal di depan Rab

Akan apa yang engaku perlakukan pada nasab keturunanmu

Sehingga engkau menjadi berhati-hati pada langkahmu

Dengan lafaz itu

Kau harus berfikir dua kali

pada setiap keputusan

kerana kadangkala ia baik untukmu

tapi tidak untuk yang lain

dengan lafaz itu

kau berjanji untuk memberi hanya yang terbaik

menyusuri jalan sunnah

yang terbaik untuk ahlinya

dengan lafaz itu,

lafaz yang agung

untuk memiliki sesuatu itu

sebagai pemilik sementara

kau berjanji setia

untuk hidup bersama

Dengan lafaz itu

Kau mengikat perjanjian

atas nama cinta

Kepada yang Esa

dedikasi kepada sahabat-sahabat yang telah berumahtangga,

Hadi Mahdi Muhtadi

 

Racun Dalam Bicara

19 May

Semudah mulut melantun kata
Mudah juga tercalit dosa
Bukan sekali terhambur nista
Berkali-kali terucap dusta

Masuk ke mulut yang enak-enak
Keluar darinya racun berbisa
Hati tercalar malah terluka
mengharap madu mengubat duka

Dalam bicara terkandung racun
Tak kurang juga secangkir madu
Jika racun ditelan jua
Madu tiada mengubat jiwa

Jagalah bicaramu
Jangan racun bercampur madu..

 
2 Comments

Posted in zulyunus

 

Mengenang masa lalu (dedikasi sempena Hari Guru)

17 May

Sepi dan sendiri.

Duduk ku, mengenang masa lalu.

Derap dan Langkah pertama

Ku ke alam keilmuan dan akal fikir,

Budaya dan peradaban,

Kesusilaan dan rasa hormat,

Pada ketika aku buta, dan jahil, fakir ilmu.

…hari itu, kalian pimpin tangan kami

ke kelas,

membuka kami kepada dunia yang sangat luas,

dunia tanpa batasan,

dunia yang kami akan harungi di masa-masa mendatang,

sungguh kami masih ingat pimpinan dan tuntunan pertama itu,

dan sehingga ini hari…

kalianlah pendidik bangsa,

ingin melihat dan menumpang gembira

masa depan gemilang anak-anakmu ini, Cuma

kami tahu,

kami tahu dan sedar,

tiada lagi yang kalian minta,

mengenang kalian di hati kami.

Namun,

Bukan lagi angka-angka A yang ingin kami bilang

Bukan juga belasan subjek

yang menjadi perkiraan,

tetapi tulus murni,

budi dan naluri,

menabur bakti,

untuk anak bangsa.

Hanya maaf kami pohon,

Kiranya bisa kata-kata kami

Melukaimu walau secubit,

Kiranya bicara kami meruntun hatimu,

Wahai sang pendidik.

Bukanlah ini bicara air mata,

tapi bicara kata hati, yang tersentuh pada kejujuran

Pada pendidik, aku kenang.

Kenangan yang akan disemat,

Dalam hati ini,

Sampai bila-bila,

Walau kalian tiada.

Hadi Mahdi Muhtadi,

Bandar Baru Bangi.

lanjut di muhammadaimansalmi.blogspot.com

 

SIAPA DIRIKU – jilid 1

17 May

Siapa Diriku,
hidupku,matiku,amalku,hanyalah kepada-MU
mengapa aku dihidupkan,mangapa pula aku dimatikan
kenapa aku perlu beramal,kenapa pula aku perlu menyambah-MU
apa tujuan aku dijadikan,kenapa manusia menjadi khalifah di muka bumi-MU
apakah kelebihanku menjadi manusia,
kenapa tidak gunung-ganang yang dilantik?
bukankah meraka lebih besar dan kuat.
kenapa tidak lautan yang dilantik
bukankah mereka lebih luas dan mengisi seluruh pelusuk alam
kenapa tidak binatang buas seperti singa dan gajah yang dilantik
bukankah meraka lebih hebat dan gagah
kenapa tidak burung-burung yang dilantik
bukankah mereka bebas terbang ke sana-ke mari
hidupku penuh dengan tanda tanya
persoalan demi persoalan sering mengangu diriku
mendorongku untuk mencari siapa diriku

mendorongku untuk mencari siapa penciptaku
mendorongku untuk mencari ilmu tantang diriku
adakah aku ingin menjadi seperti manusia lain
yang hanya berpegang sekadar ikutan
tanpa mencari asas kebenaran
kebenaran sebenar tentang kehidupan
kebenaran tentang manusia yang diciptakan tuhan
kebenaran yang meleraikan seribu soal dan pertanyaan

Aku,
manusia yang kebingungan ingin mencari siapa diriku……………

oleh: rudy yunus

 

Buatmu…

16 May

Buatmu…
ku tahu kau keliru
keliru dengan isi hatimu…
isi hati yang sukar untuk tetap…duduk diam dalam senyap…

Buatmu…
ku tahu kau sepi
sepi merindui mereka yang kau sayangi..
mereka yang menjagamu dan memeliharamu selama ini…tanpa kau sedari…
dan kini mereka pergi…

ku tahu kau takut
takut pemergian mereka tidak kan kembali…
tapi bersabarlah…dan banyakkanlah berdoa…
moga pemergian mereka disambut oleh kepulangan yang diredhai…

Buatmu…
tenangkanlah fikiranmu
fikiran yang sering diganggu kerunsingan dan kerisauan
segalanya akibat bahana persekitaran…
bawalah ia jauh ke alam yang lebih tenang
alam yang dipenuhi pohonan masa hadapan
berhiaskan bebunga damai dan dedaun riang

Buatmu…
banyakkanlah bersabar…

Buatmu…
banyakkanlah berdoa…

wahai Pembolak-balik Hati, Kau tetapkanlah hati hambaMu ini…
wahai Pemberi Pengampunan, Kau ampunkanlah segala dosa hambaMu ini…
wahai Pemberi Petunjuk, Kau tunjukkanlah jalan yang benar kepada hambaMu ini…

Buatmu…
sentiasalah mengingati kepada Pemberi Ni’mat dan Rahmat…
Dialah yang selalu membantumu dalam menempuhi kehidupan yang berwarna-warni ini…
kehidupan yang hanya sebahagian yang berjaya mencapai keredhaanNya…

Hanya buatmu,
diri yang naif
081207

 

Kerana Kau Guruku

16 May

Bicaramu terkandung hikmah
Kasihmu dibaluti keikhlasan
Marahmu tidak dicemari kebencian
Sayangmu tiada kepura-puraan
Sinar matamu tenang berkaca-kaca
Sumber inspirasi buat jiwa
Kerana kau guruku

Kau tidak seperti lilin yang terbakar dan hilang
Kau matahari yang bersinar dan terang
Cahayamu tak pudar di siang hari
Tidak pula tenggelam di malam hari
Kehangatannya terasa di jiwaku
Kerana kau guruku

Dicampak ke laut menjadi pulau
Dilempar ke tanah menjadi benih
Begitulah aku hari ini
Dan namamu terpahat di hati
Kerana kau guruku

Biar semalam tiada lagi
Atau besok belum pasti
Dirimu tidak pernah pudar dari ingatan
Kerana kau guruku

Khas Buat: Guru Ummat, Nabi Muhammad SAW. Guru keluargaku, Ibu dan ayah. Semua guru yang pernah mendidikku dan semua guru yang ikhlas dalam mendidik

 
3 Comments

Posted in zulyunus

 

.::Kemegahan::.

15 May

Kenapakah aku sampai begitu,
aku sendiri tidak mengerti
Sering melihat orang melebihi aku,
aku mudah ber-iri hati.
Jiran membeli Daihatsu baru,
aku membeli pula BWM biru
No problem berhutang finance
kalau duitku sendiri tak mencukupi.
Kenapakah aku kurang berpuas hati,
apa yang sudah dikurnia Ilahi?

Jiran membeli TV dua puluh enam inci,
aku membeli lebih besar lagi
Jiran ber-holiday ke Penang naik ferry,
aku naik kapal terbang menuju Langkawi
Wang tunai di poket tak mencukupi,
no problem…asalkan aku dapat bermegah diri
Apakah syurgaku semata-mata dunia ini
Dan aku tetap tak akan mati?

Jiran ke surau pakai selipar getah buatan Taiwan
Aku memakai capal kulit buatan Pakistan
aku dihormati, dipandang tinggi, dipuji-puji
Itulah yang aku cari selama ini
Kemegahan diriku penting sekali.

Suddenly…
Aku rebah ke lantai, terdengar suara di sekelilingku
Heh…heh…tuan pengsan…mungkin heart attack!
Telefon ambulan, bawa tuan ke hospital…cepat!

Di ICU, aku dirawat doktor itu dan doktor ini
Mata terkebil-kebil mengenang isteri yang baru dikahwini
Bagaimanakah jawatanku yang baru dianugerahi
Memaling ke kanan dan ke kiri,
barulah juga aku sedari
Siapakah yang patut dipuji setiap hari
Tuhan Yang Mencipta jasadku ini
Astaghfirullahal ‘azeem,
Laa ilaha illallah…huwal hayyul qayyuum wa atubu ilaihi…