RSS
 

Ini kota marhaen

13 Jun

Ini kota marhaen

Kota kotor dan hina

Mengalir hanyir

Dari dalam jiwa.

Biar berantakan semuanya

Biar pecah, biar luluh

Biar pedih, biar punah

Biar jahanam semuanya

Biar bangkit mayat-mayat

Biar kubur-kubur digalikan.

Kerana

ini bukan dunia borjuis, sang penguasa

bukan kota alunan nyanyian merdu

bukan hamparan permaidani merah

kerana

ini kota marhaen

zahirnya gah, batinnya musnah.

Hadi Mahdi Muhtadi

29 November 2008

Puduraya

 

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

 
 
  1. zulyunus

    14/06/2009 at 12:18 pm

    Pergh…bahasanya agak tinggi dan ending nya agak berkesan di situ.

    mantap!