1
August

Wahai Hadif

Wahai Hadif
kau datang membawa sinar
bersama seri yang terserlah
suci dan terlihat indah

Wahai Hadif
hadirmu mengundang bahagia
memancar pada segenap raga
penawar buat jiwa

Wahai Hadif
lahirmu satu anugerah Ilahi
menambah teguh pada cinta dua hati
syukur pada-Nya tak terperi

Wahai Hadif
kau lahir dengan cinta
kau hidup dengan cinta
moga terus mekar tersebar
tersemai membajai hati nurani

Wahai Hadif
di satu sudut dunia
ayah saudaramu sangat gembira
dengan kelahiranmu

Selamat hari lahir buat Hadif Hudzaifah, anak saudara pertamaku…
Lahir pada 1 Ogos 2009 5:15 pagi

2 Responses to “Wahai Hadif”

  1. shikin says:

    special dari pak cik pojon uuu…
    hadif hudzaifah…buah hati acu dia…hehe
    kecik2 nampak macho dah… >.<

Leave a Reply