Wahai Hadif
kau datang membawa sinar
bersama seri yang terserlah
suci dan terlihat indah
Wahai Hadif
hadirmu mengundang bahagia
memancar pada segenap raga
penawar buat jiwa
Wahai Hadif
lahirmu satu anugerah Ilahi
menambah teguh pada cinta dua hati
syukur pada-Nya tak terperi
Wahai Hadif
kau lahir dengan cinta
kau hidup dengan cinta
moga terus mekar tersebar
tersemai membajai hati nurani
Wahai Hadif
di satu sudut dunia
ayah saudaramu sangat gembira
dengan kelahiranmu
Selamat hari lahir buat Hadif Hudzaifah, anak saudara pertamaku…
Lahir pada 1 Ogos 2009 5:15 pagi


Wahai Hadif | Motivasi Pemuda
01/08/2009 at 9:45 pm
[...] http://arenapuisi.zulyunus.com [...]
shikin
02/08/2009 at 2:49 pm
special dari pak cik pojon uuu…
hadif hudzaifah…buah hati acu dia…hehe
kecik2 nampak macho dah… >.<