Bangkit! bangkit! bangkit!
jangan lesu…
bangkit! bangkit! bangkit!
jangan lesu…
bangkit! bangkit! bangkit!
jangan lesu…
Sudah terlalu lama engkau tidur ternyenyak lena
Bangkit! bangkit! bangkit!
jangan lesu…
bangkit! bangkit! bangkit!
jangan lesu…
bangkit! bangkit! bangkit!
jangan lesu…
Sudah terlalu lama engkau tidur ternyenyak lena
Hamba mendambakan ketenangan
memohon kepada Tuhan
larut dalam kedinginan
asyik dalam rintihan
bersungguh menadah tangan
mengharapkan kurniaan
Ke manakah hilangnya ketenangan?
di manakah letaknya?
apakah masih tersisa pada jiwa yang kotor
atau terpahat pada jiwa yang suci?
Ketenangan itu anugerah
diberikan pada yang terpilih
luarannya mungkin nampak perit
namun jiwanya lapang dan tenteram
hatinya khusyuk menyembah Ilahi
pada mata manusia kelihatan sempit
pada Allah boleh jadi dia yang tertinggi
Ketenangan, kebahagiaan
dua istilah pada satu jalan
buat pencari Tuhan
buat menemani perjuangan
Ketenangan itu anugerah
diberikan pada yang terpilih
pada yang ikhlas mencari jalan
Wahai teman
ke manakah jalan hidupmu?
apakah ke laluan yang terang benderang,
atau ke lorong yang gelap dan kelam?
atau mungkin…
kau ingin menyelusuri laluan samar berkabus
penuh keraguan dan ketidakpastian?
Wahai teman
masa muda itu singkat
kematian itu dekat
masa lalu takkan kembali
yang ada hanya kini dan masa depan
berbuatlah sesuka hatimu sekarang
jika kau ingin sengsara di hari kemudian
Wahai teman
tatkala engkau merasa tersisih
ingatlah pesanku, percayalah kataku
bahawa dirimu terlalu istimewa
dan tak layak untuk engkau berputus asa
kerana Tuhan sentiasa ada
mendengar dan melihat segala
Wahai teman
tahun demi tahun berganti
saat demi saat tak pernah terhenti
cuma satu kupinta darimu
tetapkanlah matlamat hidupmu
laluanmu akan menjadi mudah
Wahai teman
jangan merasa berat dengan pesanku
kerana aku kasih dan sayang padamu
dan aku ingin…
agar kau kasih pada Tuhan dan Rasulmu.
Selamat Tahun Baru Hijrah 1431
Pengkhianat itu tersenyum mengukir senyuman
bergelak ketawa girang
apabila dia berjaya berlaku khianat
Namun…
wajahnya sugul, muram mencebik masam
apabila dia gagal berlaku khianat
Lagaknya helah berlincah
sukar mengecam…hanya sekilas pandang
berselindung disebalik kelembutan
sopan cara lenggoknya adalah perangkap
baik budi ditabur adalah jerat!