RSS
 

Archive for February, 2010

…TIDAK MEMAKSA…

27 Feb

Memiliki tanpa kerelaan

bukanlah pemilikan…

kerana keterpaksaan

 

Melepaskan dengan membebaskan

bukanlah kehilangan…

kerana membiarkan

 
 

…RUMAH TUMPANGAN…

07 Feb

…“Mohon menumpang tuan”…

sayup suara berbisik menelan perit

bersahaja dalam nada penuh hina

melonjak tinggi kendiri meski hadirnya memijak diri

 

Mengambal si tuan itu dari suatu penjuru

menguntum senyum berwajah polos terkandung seribu makna

…“Masuklah”…wahai kelana

 

 Sudah resam kehidupan

berlari-lari dalam kitaran bulan dan matahari

asal tetamu kini hidup menumpang

seumpama mengharapkan belas ihsan tuan

tiap-tiap budi terus menjadi ungkit-ungkitan

 

…“Argh! Apa yang kau ada penumpang?

tiada apa-apa, hanyalah siulan kepapaan

berani engkau membuat sesuatu semahumu

Nah! rasakan…aku ini tuan!”

KELUAR! KELUAR! KELUAR!!!…

 

Tanah bumi ini menjadi saksi

kesaksian di bawah bumbung langit luas terbentang

seorang penumpang…meneriti sebuah perjalanan