Hati resah dan gundah
rasa kosong dan tak terarah
kebahagiaan tinggal mimpi
sampai kini tak dikecapi
Lalu insan mencari harta
buat penenang jiwa
mengumpulkannya, mengira-ngira
takut kehilangannya
takut ia tiada
kerana padanya
harta membawa bahagia
tapi dadanya selalu sesak
mengapa?
Terus kembara mencari cinta
pada teruna atau dara
penghilang resah di jiwa
cuba meraih bahagia
di sebalik sebuah hubungan tanpa ikatan
namun dia selalu takut kehilangan
risau ditinggalkan
rasa resah kadang menerjah
di mana bahagia?
Lalu seribu satu jalan ditempuh insan
demi menggapai bahagia
tak juga dia jumpa
tak juga dia rasa puas
bahagia semakin sayup meninggalkannya
andailah insan itu tahu
bahawa bahagia itu ada dalam dirinya
tentu dia akan mencari dirinya
dan mengenal tuhannya
zulyunus
13 Mei 2010

