Tentang Kami
Arena puisi bukan sebuah laman tiada bererti
Menyingkap lembaran kehidupan dalam tinta nurani
Membuka rahsia alam dalam kata penuh seni
Memberi suntikan semangat pada jiwa yang kering
Lalu…
Arena puisi untuk semua
Buat meluah bicara penuh makna
Juga membawa anjakan paradigma.
Sungguh…
Kata-kataku bukan propaganda
Silakan baca karya yang ada
Semoga bermanfaat buat semua…
Anda berminat menjadi salah seorang penulis di laman ini? kirimkan maklumat anda (nama pena dan email) ke zul_ajon@yahoo.com. Anda juga boleh mengisi borang ‘hubungi kami’ yang disediakan di laman ini. Tiada hadiah disediakan, sekadar kepuasan berkarya…
Kenapa hanya mereka yang boleh bermadah indah? Aku juga boleh mengungkap sesuatu tentang hidup kerana aku juga punya….hati.

