Archive for the ‘Siti Yusrina’ Category


21
June

…Monolog Sepi…

Pernah suatu ketika dulu
kaki kecil ini melangkah melewati denai
merempuhi serpihan-serpihan batu kelikir
menahan percikan air
dek hujan yg turun bertimpa
bersama teman-teman seperjuangan
menuju gerbang pertemuan

Kala itu
ku membawa diri
tanpa hadirnya hati nurani
mendengar ajaran suci
bagaikan mencurah ke daun keladi
namun, ku tetap gagah
melewati denai itu
tanpa sungutan
tanpa rungutan
berharapkan akan ada sinar
menjengah di hati sanubariku
tuk mencerna segala ajaran
selagi nadi ku masih berdenyut

Masa terus berputar
tanpa ada titik hentinya
meninggalkanku dgn seribu satu memori
yg kutimba
di gerbang pertemuan

Pun begitu
kerana masa aku berubah
kerana masa aku dewasa
ajaran dulu rupanya kini kuperlukan
Ya Allah
terlewatkah aku untuk menyedarinya?

Kini
kucuba untuk menghargainya
baik untuk nafsi-nafsi
atau dikongsi
tapi, aku diduga
oleh perasaan hati sendiri
oleh batu-batu kelikir besar
yg kalau mahu dirempuh
bisa melukai kaki kecilku ini
pun begitu, hatiku terus meronta
seperti mahu saja aku berlari
meninggalkan segala kepentingan diri
untuk kukorbankan pd yg berhak

Pernah terdetik di mindaku
apalah guna kuatnya jasmaniku
andai ramai lagi insan yg derita
sekiranya mampu
kuingin menanggung segala perit mereka
jika itu sahaja
bisa menampung
ketidakupayaanku untuk menghulurkan sokongan

Sampai bilakah denai itu akan begitu?
dipenuhi lalang-lalang merumpun
dialasi dengan kelikir-kelikir kasar
kuperlukan kekuatan
untuk melintasi denai itu
yg akan membawaku
ke destinasi abadi
bilamana berlangsungnya pertemuan agung
seluruh indra menjadi saksi
apakah aku telah melaksanakannya…?

 

 

 

15
May

.::Kemegahan::.

Kenapakah aku sampai begitu,
aku sendiri tidak mengerti
Sering melihat orang melebihi aku,
aku mudah ber-iri hati.
Jiran membeli Daihatsu baru,
aku membeli pula BWM biru
No problem berhutang finance
kalau duitku sendiri tak mencukupi.
Kenapakah aku kurang berpuas hati,
apa yang sudah dikurnia Ilahi?

Jiran membeli TV dua puluh enam inci,
aku membeli lebih besar lagi
Jiran ber-holiday ke Penang naik ferry,
aku naik kapal terbang menuju Langkawi
Wang tunai di poket tak mencukupi,
no problem…asalkan aku dapat bermegah diri
Apakah syurgaku semata-mata dunia ini
Dan aku tetap tak akan mati?

Jiran ke surau pakai selipar getah buatan Taiwan
Aku memakai capal kulit buatan Pakistan
aku dihormati, dipandang tinggi, dipuji-puji
Itulah yang aku cari selama ini
Kemegahan diriku penting sekali.

Suddenly…
Aku rebah ke lantai, terdengar suara di sekelilingku
Heh…heh…tuan pengsan…mungkin heart attack!
Telefon ambulan, bawa tuan ke hospital…cepat!

Di ICU, aku dirawat doktor itu dan doktor ini
Mata terkebil-kebil mengenang isteri yang baru dikahwini
Bagaimanakah jawatanku yang baru dianugerahi
Memaling ke kanan dan ke kiri,
barulah juga aku sedari
Siapakah yang patut dipuji setiap hari
Tuhan Yang Mencipta jasadku ini
Astaghfirullahal ‘azeem,
Laa ilaha illallah…huwal hayyul qayyuum wa atubu ilaihi…

19
April

Pasrah padaMu…

(Sebuah puisi buat para pejuang kebenaran)

Pada perjalanan ini
aku seperti pengembara buta
meraba-raba dalam kegelapan
untuk mencari erti kehidupan

Setiap langkah hatiku sering bertanya
apakah yang aku cari dan aku nanti?
namun jawapannya tiada yang pasti
melalui luahan hati dan rasa
aku mengutip kematangan jiwa

Namun…ada sesekali aku rebah
bilamana dugaan hebat melanda
cuba menggugat tugu keimanan
tatkala itu aku bangun kembali
bersama satu langkah
satu keyakinan
satu hati melawan dugaan

Dan kini…
doaku berbunga
ketabahan mencari erti diri
mula meresap di naluri
walaupun seribu kepayahan kulalui
dalam mencari rasa keinsafan
merintis jalan taubat yang diredhai
menghitung segala alpa dan dosa
yang sering mematikan jiwa

Nekadku…
takkan sekali-kali aku akur
takkan sekali-kali aku sungkur
dengan seribu satu rentak kehidupan
yang merubah keimanan

Aku pasrah padaMu…

19
April

…Baru Ku Tahu…

Baru kutahu setelah diuji…
Sebelum diuji, semua terasa mampu
Sebelum diuji, terasa diri layaknya pejuang sejati
Sesudah diuji, baru kukenal diri…
Rupa-rupanya ujian itu kemestian bagi setiap perjuangan

Jangan dipinta
Melalui ujian dapat pejuang yang hakiki
Para pejuang perlu tapisan
Justeru tanggungjawab yang berat bergelar amanah
Bukan semua orang bisa memikulnya
Hanya orang pilihan sahaja mampu melaksanakannya

Tatkala ujian mendatang…saringan pun berlaku
Ada yang lari
Ada yang memukul teman sendiri
Ada yang kesal dan sedih hati
Ada yang terus menyebelahi musuhnya
Namun, yang gagah pastikan bertahan
Di saat hati penuh yakin akan bantuan Tuhan
Keperitan ditelan sebagai juadah
Doa kudus berpanjangan
Demi bekalan sebuah perjuangan

Begitulah peranan ujian
Ia satu keperluan
Tetapi….janganlah ia dipinta…
Kerna kita takkan pernah tahu
Adakah kita di antara yang lulus atau kecundang…