ada yang perlu dicari
ada yang perlu dinanti
mencari perlukan keazaman
menanti perlukan kesabaran
kekuatan jangan dinanti ada
tapi cari selagi terdaya
ada yang mencari mati
dan ada yang menanti-nanti
ada yang perlu dicari
ada yang perlu dinanti
mencari perlukan keazaman
menanti perlukan kesabaran
kekuatan jangan dinanti ada
tapi cari selagi terdaya
ada yang mencari mati
dan ada yang menanti-nanti
Sempit dan sesak dada
pada bandar besar dan gah
saling ragu sesama sendiri
terasing dalam agama yang satu
tersisih dalam bangsa yang sama
menipu untuk hidup
hidup untuk menipu
nilai tenggelam dalam lautan budaya
yang hancur dirobek hedonisme
masing-masing punya obsesi
masing-masing punya mimpi
masing-masing dengan hal sendiri
aku terpaku berdiri
pada bandar yang luas
dengan dada yang sempit
Terminal Puduraya,
12.45 am, 4 April 2009
Hati resah dan gundah
rasa kosong dan tak terarah
kebahagiaan tinggal mimpi
sampai kini tak dikecapi
Lalu insan mencari harta
buat penenang jiwa
mengumpulkannya, mengira-ngira
takut kehilangannya
takut ia tiada
kerana padanya
harta membawa bahagia
tapi dadanya selalu sesak
mengapa?
Terus kembara mencari cinta
pada teruna atau dara
penghilang resah di jiwa
cuba meraih bahagia
di sebalik sebuah hubungan tanpa ikatan
namun dia selalu takut kehilangan
risau ditinggalkan
rasa resah kadang menerjah
di mana bahagia?
Lalu seribu satu jalan ditempuh insan
demi menggapai bahagia
tak juga dia jumpa
tak juga dia rasa puas
bahagia semakin sayup meninggalkannya
andailah insan itu tahu
bahawa bahagia itu ada dalam dirinya
tentu dia akan mencari dirinya
dan mengenal tuhannya
zulyunus
13 Mei 2010
Semakin aku menjauh dari-Mu
Semakin hati merasa kosong
Jauh daripada kedamaian
Walaupun ku ada semuanya
Namun terasa tiada apa-apa
Hati seolah terpenjara
Tak mampu merasa bahagia
Aku benci apa yang kurasakan
Aku ingin mendekati-Mu
Namun hati merasa malu
Setelah hakmu kuabaikan
Setelah anugerahmu kudustakan
Setelah hariku berlalu penuh dosa
Lalu kupergi jauh, lebih jauh
Tak bisa kureguk cinta-Mu
Namun hati semakin kosong
Semakin merindu sesuatu
Semakin jauh kupergi dari-Mu
Semakin parah gelora jiwaku
Tak bisa kukecap tenang
Sekalipun di hujung dunia
Kerana aku tak bisa lari dari-Mu
Aku bertekad bulat
Mendekati-Mu seikhlas hati
Biar apa terjadi di pertengahan
Aku tak akan berpatah jalan
Aku benci kehidupan tanpa-Mu
Sesalanku tak henti memburu
Menyekat rasa tenang jiwaku
Aku gagahkan kaki berdiri
Di balik tirai malam-Mu
Mengharap kasih dan cinta
Mengadu pedih dan derita jiwa
Tak tertanggung lagi olehku
Tak mampu lagi kulari dari-Mu
Aku memang memerlukan-Mu
Aku tak bisa hidup tanpa-Mu
Ketika itu, derai air mata kuseka
Aku begitu terharu tak terkata
Dengan cinta-Mu kurasa bahagia
Andai kutahu begini nikmatnya
Takkan kulari dari-Mu
Pasti kutagih cinta-Mu
Sejak dulu…
2 April 2010
Hidup ini
tak berakhir dengan mati
ajal hanya perpindahan
daripada mimpi indah
menuju alam abadi
Dunia ini
sebuah persinggahan
titian dalam perjalanan
bukan pengakhiran
bukan destinasi Read the rest of this entry »
Duhai malam
aku rindu padamu
setiap hari kau hilang
muncul menutup siang
namun aku tak jemu merindu
pada sepi dan pada damainya hati
dengan kehadiranmu.
Duhai malam
kau pakaianku
kau memberiku ruang bertenang
dalam rintihanku kepada Tuhan
dalam titisan air mata
yang berderai bersama dosa. Read the rest of this entry »
Hamba mendambakan ketenangan
memohon kepada Tuhan
larut dalam kedinginan
asyik dalam rintihan
bersungguh menadah tangan
mengharapkan kurniaan
Ke manakah hilangnya ketenangan?
di manakah letaknya?
apakah masih tersisa pada jiwa yang kotor
atau terpahat pada jiwa yang suci?
Ketenangan itu anugerah
diberikan pada yang terpilih
luarannya mungkin nampak perit
namun jiwanya lapang dan tenteram
hatinya khusyuk menyembah Ilahi
pada mata manusia kelihatan sempit
pada Allah boleh jadi dia yang tertinggi
Ketenangan, kebahagiaan
dua istilah pada satu jalan
buat pencari Tuhan
buat menemani perjuangan
Ketenangan itu anugerah
diberikan pada yang terpilih
pada yang ikhlas mencari jalan
Wahai teman
ke manakah jalan hidupmu?
apakah ke laluan yang terang benderang,
atau ke lorong yang gelap dan kelam?
atau mungkin…
kau ingin menyelusuri laluan samar berkabus
penuh keraguan dan ketidakpastian?
Wahai teman
masa muda itu singkat
kematian itu dekat
masa lalu takkan kembali
yang ada hanya kini dan masa depan
berbuatlah sesuka hatimu sekarang
jika kau ingin sengsara di hari kemudian
Wahai teman
tatkala engkau merasa tersisih
ingatlah pesanku, percayalah kataku
bahawa dirimu terlalu istimewa
dan tak layak untuk engkau berputus asa
kerana Tuhan sentiasa ada
mendengar dan melihat segala
Wahai teman
tahun demi tahun berganti
saat demi saat tak pernah terhenti
cuma satu kupinta darimu
tetapkanlah matlamat hidupmu
laluanmu akan menjadi mudah
Wahai teman
jangan merasa berat dengan pesanku
kerana aku kasih dan sayang padamu
dan aku ingin…
agar kau kasih pada Tuhan dan Rasulmu.
Selamat Tahun Baru Hijrah 1431
Keagungan Tuhan tak bersembunyi
ia terlihat dalam setiap mata yang memandang
ia tergambar dalam setiap fenomena alam
jelas dan terang dipaparkan
tak perlu diceritakan atau diterangkan
sekali pandang tergugah hati
terdetik akan besarnya Tuhan
terpaku akan indahnya ciptaan
Namun luar biasa alam tidak bermakna,
bagi jiwa yang tak mahu tunduk,
takabbur, seolah ia yang mencipta alam
melihat dengan yakin tapi tak mahu percaya
seolah diri akan hidup kekal selamanya
Mengapa?
Apakah kau terlalu hebat?
Mampu mencipta walau seekor lalat?