Keranamu seorang ibu menangis
Keranamu bangsaku terguris
Keranamu maruahku terhakis
Dan keranamu jua…
Agamaku dipandang hina
Yang tinggal hanya sekujur tubuh bernajis
Yang tiada mampu berdiri tanpamu
Yang sanggup membunuh demimu
Yang tiada melihat syurga pada tapak kaki ibu
Lalu mengalir darah insan tiada berdosa
Remuk hati seorang bapa
Tercemar tamadun sebuah bangsa
Namun…
Engkau terus bermaharajalela
Oleh kerana itu
Engkau adalah musuhku
Aku benci padamu DADAH!

