RSS
 

Posts Tagged ‘hati’

Sabarlah Hai Jiwa

08 Aug

Sabarlah hai jiwa,
andai hasratmu tak terlaksana,
kerana engkau hanya merasakan,
tetapi Allah yang memberi keputusan.

Sabarlah hai jiwa,
tatkala duniamu terasa sempit,
tatkala kau rasa terhimpit,
kerana di sini bukan akhirmu.

Sabarlah hai jiwa,
ketika kau menaruh harapan,
tetapi tak kesampaian,
kerana Allah takkan biarkan kau sendirian.

Tak perlu kau soal,
kenapa Allah tak berikan?
kenapa Allah tak tunaikan?
kenapa derita masih menghimpit?
Apakah kau lebih tahu daripada Dia?

Hai jiwa,
tugasmu adalah melakukan ketaatan,
tugasmu adalah redha dengan ketentuan,
kerana Dia yang menciptakanmu,
takkan sekali-kali mengabaikanmu.

Biarkan mereka berbicara,
biarkan mereka berkata-kata,
kerana pengakhiranmu,
bukan mereka yang tentukan.

Tak mungkin bisa kau hitung nikmatmu,
berbanding deritamu.

Oleh itu,
sabarlah hai jiwa…

 
No Comments

Posted in zulyunus

 

Sunyi Ini

04 Aug

Sungguh,
Hati ini sunyi,
Bingit di pasar,
Teriakan riuh saudagar,
Namun,
Sunyi ini terus mekar.

Sungguh,
Hati ini sunyi,
Pelangi indah melakar,
Pohonan rimbun menjalar,
Namun,
Sunyi ini terus membesar.

Sungguh,
Hati ini sangat sunyi,
Lukaku masih tercalar,
Walau teman minta bersabar,
Namun,
Jiwaku terus menggusar.

Sungguh,
Hati ini semakin sunyi,
Walau bumi sangat mencabar,
Walau gempa datang menggegar,
Namun,
Benakku masih terasa hambar.

Ya Tuhan,
Sampaikanku khabar,
Agar hati yang balar,
Bisa menjadi segar.
Agar jiwa yang berputar,
Bisa kembali mendebar,
Agar iman yang terbakar,
Tidak akan lagi gentar.

Ya Tuhan,
Aku tahu Kau Yang Maha Benar!
Dan aku tahu Kau Yang Maha Besar!
Agar sunyi ini akan terus pudar.

-Ibnu Kamaruddin-

 

Hati Lara

07 Apr
Sekeping hati membawa diri
Jauh nun disana
Apa yang diperoleh
Hanya kerinduan yang memberontak

Lelah sudah hati berhijrah
Ingin semula kembali
Namun apalah daya ini
Tiada siapa yang sudi temani

Puas sudah corok dijelajahi
Mencari pelengkap hati ini
Ku temui hanya bayangan
Yang sentiasa memburuiku
Tidak mungkin kekal

Baru kini hati sedari
Selama ini sentiasa bersama
Menemani perjalanan menempuh duka
Butanya hati hinanya diri