Posts Tagged ‘kehidupan’


14
November

Kota Dua Harapan

I
di depanku terbentang luaslautan yang menjadi saksi
pertemuan dua benua
dua peradaban kemanusiaan
Anginnya dingin,lembut menyapa pipiku
halus membelai rambutku
pantas mendakap menyambut kehadiranku
biru airnya tenang
penuh makna tersembunyi
dan di sebalik kejernihan
dan ketenangan itu
cerita di sebalik cerita…
merakam peristiwa manusia

Dalam kilauan panorama malam nan indah

yang mengasyikkan
kerdipan bintang dan sinaran lampu
menyimbahi daratan dan lautan dan malam itu
seolah memainkan lagu cinta
dalamnya kasih pada Baginda
pada membenarkan suci kalimahnya
menerbitakan rasa syukur dari dalam jiwa
hadir menyaksikan bukti
risalahmu, kurnia ilahi
II
Kota pelbagai budaya
penuh warna warni bangsa-bangsa
yang berhimpun atas berbeza nama
asyik dalam khayalan yang direka-reka
Di sini dan di sinilah
di atas tanah yang harumnya aku sedut mekar
ke sanubari jiwaku
yang menyaksikan
kentalnya jiwa sang perwira
tekad dan perkasa
pada mencari jiwa raga
yang diulang
sebut sabda Baginda
(Lataftahannal Qastantiniyyah, fala ni’mal amir amiruha, wala ni’mal jaisy zalikal jaisy)
Apa lagi yang ahrus menjadi bukti
dalamnya kasih pada Rabb
selain membenarkan kalimah Al-Habib Al-Mustafa
Mehmet Al-Fatih Sultan
kau telah menghadap Pemilikmu dengan gelar itu…
III
Di sebalik hiruk pikuk kota halal haram
yang bercampur hitam-putihnhya
yang putih terpalitkan hitam
yang hitam mencari-cari sinar cahaya
dan masih adakah harapan akan cahaya yang dicari itu
bagi yang menagih dan mendamba
Antara masa silam dan dan masa mendatang
antara suka dan pada gemilang kota harapan ini
dan duka pada sisa tinggalan kota ini
yang didepanku
melahirkan sebuah kekecewaan
bakal berkuburnya gemilang Mehmet Al-Fatih Sultan
di tangan bangsanya
yang melupakan sejarah silam sendiri
Kiranya kau berada ditempat
kupasti kau mengerti
lantas kau mengira dan menghitung
berapa lama lagi Al-FAtih At-Thani
akan hadir mengembalikan Constantinople itu…
Hadi Mahdi Muhtadi

posted under | Comments (0)

14
August

Bertemu Kekasih Di Sungai Furaat

tenang
ketenangan menyapaku
tatkala ku jejakkan kaki ku
di airnya yang jernih
yang mengalirkan
air dari firdausi
dari kejauhan
dapat kurasakan
kesegaran sungai
yang mengalir
antara dua bumi barakah
dilatari senja mentari
tamsilan harapan dan impian
yang merakamkan seribu kenangan
dipertemuan antaradua sungai
kutemui kekasih hati dan naluri
antara impian dan cita-cita
sungai furat…
Hadi Mahdi Muhtadi
sempena persinggahan ke tebing sungai furat,
Raqqah, Syria

posted under | Comments (0)

28
July

Sebab Dia Manusia

Manusia tetap manusia.
Dengan sebab dia manusialah, dia ingin segalanya.
Dengan sebab dia manusialah, dia menerima amanah yang langit, bumi dan gunung tak sanggup memikulnya.
Sebab dia manusia.

Sebab dia manusialah, kalau diberikan emas sebensar gunung Uhud, dia minta yang kedua dan yang ketiga.
Dia minta lagi dan lagi,
sebab dia manusia.
Dia jadi kedekut.

Sebab dia manusialah, ketika mana dia mendapatkan sesuatu dia mengatakan bahawa itu adalah hasil usaha titik peluh dirinya sendiri.
Sebab dia manusialah, ketika dia diberi rezeki dia kata Allah menyanyangi diri.
Dan ketika dia ditangguhkan kurniaan rezeki, dia kata Arl-Wadud telah menghina abdi.

Sebab dan kerana dia manusia dia meminta pada Allah hidangan dari langit. Dia tidak mahu yang biasa-biasa. Dia mahu yang luar biasa. Dia mahu lain dari manusia yang sama jenis dengannya. Sebab katanya dia manusia pilihan tuhan.

Sebab dia manusia juga, dia minta Al-Manna wa As-Salwa, dan dia terus minta lagi bebawangan, kekacangan, dan sayuran. Dan setelah diberi, dia jadi jemu, dan dia tidak mahu lagi.

Sebab dia manusialah, apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada selalu diimpi.

Sebab dia manusialah, apabila dia tidak mendapatkan sesuatu yang dia impikan dia kecewa dan berputus asa dari rahmat tuhan. Sebab dia lupa bahawa dia itu hamba dan yang berkuasa itu Al-Mannan.

Sebab dia manusialah dia sanggup bicara omongan bahawa
DIALAH TUHAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ketikamana syaitan gementar untuk mengatakan demikian.
Hanya kerana dia tidak dijangkiti demam dan kesakitan.

Sebab dia manusia, ketika mana, hukuman tuhan diputuskan ke atasnya, dia masih tunduk dan tertipu pada mainan iblis,
Yang sebelum itu, dialah Aabid yang khalis.

Sebab dia manusialah, ketika badannya sudah ditelan bumi, dia mengatakan tiada taubat pada ilahi.
Sebab dia manusia, dia minta tidak sembahyangkan selepas dia mati.

Sebab dia manusia, dia mengolok-olokkan janji-janji tuhan,
Dan sebab dia manusia, dia mencari kekasih selain Ar-Rahman.

Yang takut pada mainan kata-kata

Hadi Mahdi Ghazi Al-Muhtadi

posted under | Comments (2)

22
May

Dengan lafaz itu

Dengan lafaz itu

kau menjadi insan lain

Bukan pada nama dan tingkat

Tapi pada amanah dan tanggungjawab

Dengan lafaz itu

Kau akan dipersoal di depan Rab

Akan apa yang engaku perlakukan pada nasab keturunanmu

Sehingga engkau menjadi berhati-hati pada langkahmu

Dengan lafaz itu

Kau harus berfikir dua kali

pada setiap keputusan

kerana kadangkala ia baik untukmu

tapi tidak untuk yang lain

dengan lafaz itu

kau berjanji untuk memberi hanya yang terbaik

menyusuri jalan sunnah

yang terbaik untuk ahlinya

dengan lafaz itu,

lafaz yang agung

untuk memiliki sesuatu itu

sebagai pemilik sementara

kau berjanji setia

untuk hidup bersama

Dengan lafaz itu

Kau mengikat perjanjian

atas nama cinta

Kepada yang Esa

dedikasi kepada sahabat-sahabat yang telah berumahtangga,

Hadi Mahdi Muhtadi

posted under | Comments (0)