Posts Tagged ‘tangisan’


13
March

Meniti Takdir

Hidup ini
tak berakhir dengan mati
ajal hanya perpindahan
daripada mimpi indah
menuju alam abadi

Dunia ini
sebuah persinggahan
titian dalam perjalanan
bukan pengakhiran
bukan destinasi Read the rest of this entry »

26
March

Umatku Menangis

Umatku menangis mendayu-dayu
memanggil-manggil penuh sayu
“Kami tak punya kekuatan iman,
lebur bersama derap langkah kemajuan,
hilang dibawa arus kemodenan,
terhimpit dalam kehebatan akal yang sempit,
terkongkong dalam agenda perosak musuh…”

Umatku menjerit mohon dibantu
kasih dan cinta kian pudar
cuma masih ada yang tertinggal
iaitu benci dan dendam, dusta dan porak peranda
“Kami terancam dalam ketenangan,
menikmati setiap inci kenikmatan yang disajikan
lantas merobek jati diri dan akidah yang rapuh
kami tahu dan kami sedar
tapi kami tak mampu mengangkat tangan
kerana kami larut dalam kesenangan yang begitu mengasyikkan”

“Siapa akan datang menghulur tangan?
Membawa kami keluar daripada neraka dunia?
Kami tak ingin kata-kata nista dan manis tak berpunca,
kami ingin keikhlasan yang dibuktikan dengan amal
yang bakal melayari bahtera kebangkitan umat ini.”

Terlalu tulikah engkau sehingga tak terdengar tangisan itu?
Atau terlalu buta sehingga tak terlihat luka yang kian parah?
Tatkala kau terdengar dan terlihat,
sedarlah bahawa belum terlambat,
untuk kita tampil dan mengusap titisan airmata umat ini
biarpun terpaksa menitiskan darah.